Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta di Jalan Permas-Pasir Gudang, Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja maut selepas merempuh sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan semasa membantu mangsa kemalangan dalam kejadian di Kilometer 11.1, Jalan Permas-Pasir Gudang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada pukul 12.05 tengah malam berlaku semasa kereta Nissan Almera dipandu individu berusia  27 tahun berhenti di lokasi berkenaan.

Menurutnya, pemandu berkenaan berhenti di lorong kecemasan untuk memberikan bantuan kepada dua individu yang menaiki motosikal selepas terlibat dalam satu kemalangan sebelum itu.

“Selepas memberhentikan kereta dan menghidupkan lampu kecemasan, pemandu Nissan Almera sebelum keluar menghulurkan bantuan.

“Namun selepas lima minit motosikal jenis Modenas Dinamik melanggar bahagian belakang kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penunggang Modenas Dinamik terbabit yang berusia 19 tahun terjatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau  menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang jalan raya dan kod lalu lintas.

“Kurangkan kelajuan dan jaga jarak selamat antara kenderaan. Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here