Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 24 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Para pengusaha kilang sawit tidak perlu bimbang untuk menggunakan kepakaran teknologi kecerdasan buatan (AI) kerana ia banyak memberi kelebihan dalam membantu industri untuk berkembang maju.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, teknologi AI mampu membantu mengurangkan beban operasi kilang seperti penyelengaraan dan juga tenaga kerja asing.

Buktinya, beliau sendiri telah melihat perkara itu ketika merasmikan sebuah kilang sawit di Kuala Kangsar, Perak pada November tahun lepas.

“Pada 2024 yang lalu lebih kurang dalam bulan September saya datang merasmikan satu kilang sawit AI yang pertama di Kuala Kangsar.

“Saya pergi sebab saya tertarik dengan idea nak buat AI punya teknologi masuk dalam kilang kelapa sawit untuk memproses CPO.

“Apa yang kita dapat lihat selepas empat bulan satu kilang yang mempunyai kapasiti hanya 45 metrik tan satu jam, boleh dapat kurangkan kos untuk memproses oil loses dan maintenance sebanyak RM1.6 juta, estimated (jangkaan) dalam setahun average (purata) kemudian dia boleh menjimatkan pekerja asing ayng  membuat kerja-kerja animasi 3D ini.

“Selepas dia install (pasang) AI ini dia hanya guna 44 pekera sahaja iaitu 33 peratus saving dan dia dapat jimatkan perbelanjaan pekerja ini sebanyak 1.1 juta,” katanya pada sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung langkah bagi mengelakkan penutupan kilang-kilang sawit sebagaimana yang berlaku di Jerangau apabila menggunakan tekologi yang telalu tinggi, Johari berkata, penutupan kilang seperti itu perlu dilihat dalam dua keadaan.

Katanya yang pertama,  sekiranya berlaku perkara itu ia mungkin terjadi akibat, pembekalan buah sawit yang tidak mencukupi dan boleh memberi Kesan kepada penimngkatan kos operasi kilang tersebut.

“Yang kedua, kita nak tengok kemungkinan kilang ini sudah terlampau lama dan ia tiada efeciency (kecekapan). Kalau kita boleh buat satu kilang yang baru, dia punya OER boleh sampai naik 20, 22 kemungkinan yang besar mesin-mesin yang digunakan adalah yang lama (dan) mungkin dia punya tekanan rendah menyebabkan hasil hanya 15, 16 peratus sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here