Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, golongan teknokrat dilihat boleh menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM11.

Ujarnya, beliau melihat seorang teknokrat berkemahiran tinggi dan berwibawa adalah calon terbaik untuk memimpin negara.

“Saya cenderung untuk melihat seorang teknokrat diberikan peluang untuk memimpin Malaysia, calon PM11.

“Seorang profesional yang disegani, kompeten, berintegriti dan bermaruah – man of his word, man of integrity – kualiti seumpama Tan Sri Khalid Ibrahim ataupun setarafnya.

“Siapakah calon yang difikirkan layak hari ini, terbuka untuk perbincangan. Saya boleh namakan tetapi bukan di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Syahir berkata demikian mengulas kenyataan bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Nazri Aziz yang  akan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan memastikan presiden PKR itu kekal memimpin Putrajaya selepas PRU-16.

Nazri sebelum itu berkata, sokongan terhadap Anwar antaranya berpunca daripada kebimbangan kerana tiada calon lain yang berpotensi memegang jawatan perdana menteri termasuk dalam partinya sendiri, UMNO.

Dalam pada itu, Mohd Syahir turut berkata pemilihan calon PM juga tidak terhad kepada ahli politik sahaja.

Jelasnya, calon Perdana Menteri boleh juga dipilih dari kalangan tokoh dari kalangan korporat, seperti CEO GLC/GLIC yang berpengalaman luas dan dihormati, yang berkemampuan untuk mengurus negara dengan lebih efisien dan profesional.

“PM Teknokrat, PM11 bagi menggantikan PM10, alternatif terbaik untuk Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here