Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak akan meneruskan pertuduhan terhadap individu-individu yang terlibat dalam ‘Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah’ pada 31 Disember tahun lalu.

AGC turut memberhentikan prosiding ke atas individu-individu yang terlibat selepas penelitian semula kes pendakwaan berkaitan perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu, Likas, Kota Kinabalu itu.

“Penelitian semula kes pendakwaan terkait kes perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu, Likas, Kota Kinabalu di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Sekysen 509 Kanun Keseksaan.

“Susulan daripada laporan media berkait kes perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu, Likas, Kota Kinabalu yang diadakan pada 31 Disember 2024, Jabatan ini, setelah membuat pertimbangan yang teliti, memutuskan untuk tidak meneruskan dengan pertuduhan dan memberhentikan prosiding ke atas individu-individu yang terlibat selaras dengan seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini beberapa pihak mendakwa beberapa individu yang terlibat dalam perhimpunan itu termasuk penyelaras gerakan Gempur Rasuah Sabah, Muhamad Fadhil Muhamad Kasim akan didakwa di mahkamah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here