Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan enam akta di Parlimen.

Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi pemasyhuran pagi ini.

“Saya suka hendak memberitahu majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut.

“Yang pertama, Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025; kedua, Akta Perkongsian Data 2025; ketiga, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025; keempat, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025; kelima, Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2025; dan yang keenam, Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 2025,” katanya sebelum memulakan sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pagi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here