Dominic Lau

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan isu aliran keluar pelaburan asing yang menyaksikan rekod terbanyak dekad ini iaitu sebanyak RM4.3 bilion.

Malah presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan seolah-olah menganggap perkara berkenaan sebagai remeh.

“Tahun 2025 baru saja dua bulan, pelabur asing telah menjual saham bernilai RM4.3 bilion, memecah rekod pelaburan yang lari diri tahun lepas (RM4.208 bilion).

“Anwar gagal mengemukakan sebarang jalan penyelesaian yang berasas, sebaliknya, beliau hanya menyatakan jumlah itu sekadar 0.2 peratus daripada nilai pasaran RM2 trillion, sambil terus mengelak tanggung jawab seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Dominic berseloroh mengucapkan tahniah dan syabas kepada Anwar yang mencatat rekod baharu sebagai Perdana Menteri yang menyaksikan aliran keluar pelaburan asing terbesar dekad ini.

Jelasnya, berdasarkan trend semasa jumlah keseluruhan pengeluaran dana minggu ini dijangka menyamai atau bahkan melebihi tahun lalu sekiranya pelabur asing terus menarik keluar dana dari pasaran saham negara.

Dominic sebelum ini menggesa kerajaan bersikap jujur dan menjelaskan pelarian dana asing selama 18 minggu ini.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh berdalih dengan menyatakan bahawa negara-negara Asia lain turut mengalami pengeluaran dana pelabur asing sejak awal tahun.

“Apa yang rakyat mahu tahu ialah apakah langkah kerajaan untuk menangani situasi ini?

“Menurut data dari Institut Kewangan Antarabangsa (IIF), Malaysia disenaraikan sebagai salah satu daripada enam negara berisiko tinggi dalam isu hutang global. Ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Anwar perlu menjelaskan kepada kita bila beliau akan membawa negara keluar dari ‘musim sejuk’ ekonomi ini,” katanya lagi.- MalaysiaGazettte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here