MELAKA – Seorang wanita memohon bantuan orang ramai untuk mengesan bapanya yang dilaporkan hilang sehingga kes itu tular hari ini.
Maslinah Masri berkata, bapanya, Masri Busu, 87, yang mempunyai penyakit kerap lupa tinggai di Kampung Gelam, Tanjong Kling, di sini.
“Keadaan kesihatannya baik cuma dia kerap lupa membuatkan saya bimbang akan keadaannya ketika ini yang tidak menaiki kenderaan dan hanya berjalan kaki.
“Ketinggiannya sekitar 165 sentimeter dan berkulit hitam manis. Satu laporan polis juga sudah dibuat dan saya berharap orang ramai dapat membantu untuk menyalurkan maklumat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mereka yang mengetahui keberadaan bapanya diharap dapat menghubunginya di talian 013-6811186.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan petang tadi.
“Laporan polis baru dibuat dan masih dalam tindakan pegawai penyiasat,” katanya. – MalaysiaGazette