Lelaki yang ditahan selepas gagal hadir ke mahkamah.

KUALA LUMPUR – Seorang individu yang membuat hantaran di media sosial menghina Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ditangkap kerana gagal hadir ke mahkamah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkata, lelaki berkenaan ditahan pukul 11 malam tadi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibu negara sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.

Katanya, individu itu ditangkap selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu.

“Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah tersebut pada 24 Februari 2025. Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau suspek akan didakwa di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here