Sze Han (lima dari kanan) bergambar selepas majlis pelancaran GV Ride di Sunway Pyramid hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan GV Ride hari ini melancarkan Kempen ‘Free Ride’ Subang, Petaling Jaya dan Kajang yang menawarkan perjalanan percuma kepada pengguna bermula 1 Mac hingga 31 Mac ini.

Kempen itu merupakan sebahagian daripada inisiatif satu juta tempahan percuma yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Singh Maand berkata, promosi itu bertujuan memberi manfaat kepada komuniti, khususnya sempena bulan Ramadan.

“Kami berharap kempen ini dapat meringankan beban masyarakat dan memberi peluang kepada lebih ramai orang yang menikmati perkhidmatan e-hailing yang lebih berpatutan serta fleksibel,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid.

Majlis itu dirasmikan Exco Pelaburan dan Perdagangan, Pembangunan IKS dan Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor, Ng Sze Han.

Menurut Kabeer, kempen itu bukan sahaja membantu pengguna menikmati perjalanan tanpa kos tetapi juga memperkenalkan GV Ride sebagai alternatif e-hailing yang lebih sempurna.

“Dengan ciri-ciri penjejakan masa nyata, pembayaran tanpa tunai dan sistem bidaan harga yang mesra pengguna, GV Ride berusaha menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan telus kepada semua,” katanya.

Menurutnya, setiap penumpang terhad kepada satu perjalanan percuma setiap hari sehingga had habis digunakan.

Had tambang bagi setiap perjalanan adalah RM30 termasuk tol. Jika jumlah tambang melebih RM30, penumpang perlu membayar baki.

Promosi itu mempunyai had keseluruhan sebanyak RM500,000. Setelah jumlah ini digunakan sepenuhnya, promosi akan tamat.

Menurut Ng, tawaran perkhidmatan percuma ini di Selangor sangat bagus dan menggalakkan mengunakan perkhidmatan e-hailing.

Beliau berharap GV Ride terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here