Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited melaksanakan reformasi kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya namun perlu mengambil kira hasil kajian empirikal dalam mengenal pasti model sesuai untuk diterima pakai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan akan dibuat selepas kajian itu dilakukan.

“Di Kanada, walaupun terdapat pemisahan peranan dan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, ada situasi tertentu yang mana wujud kuasa Peguam Negara selia kuasa Pendakwa Raya. Ini sama juga di Australia,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini Azalina berkata, kajian empirikal pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya sedang dilakukan di Ottawa, Kanada bagi mengenal pasti model yang sesuai untuk Malaysia.

Katanya, kajian empirikal itu dimulakan dengan sesi rundingan meja bulat pakar anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama University of Ottawa dan Universiti Malaya (UM).

Kajian empirikal membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan agenda reformasi institusi bagi memastikan tadbir urus terus dipertingkatkan untuk kesejahteraan rakyat dan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here