Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk antara 18 individu lain direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki cuba merasuah penguat kuasa untuk memproses dan melupus sisa elektronik yang tidak dibenarkan.

MELAKA – Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk antara 18 individu yang direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki cuba merasuah penguat kuasa untuk memproses dan melupus sisa elektronik yang tidak dibenarkan.

Perintah reman terhadap kesemua suspek iaitu lima wanita dan 13 lelaki berusia antara 34 dan 62 tahun sehingga 2 Mac ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini.

Terdahulu, kesemua suspek memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.15 pagi menaiki tiga kenderaan khas milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, kesemua suspek ditahan antara pukul 7 malam dan 11 malam semalam selepas dibawa ke pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan seramai 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang SPRM selepas disyaki menyogok penguat kuasa untuk memproses dan melupus sisa elektronik yang tidak dibenarkan.


Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk antara 18 individu lain direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki cuba merasuah penguat kuasa untuk memproses dan melupus sisa elektronik yang tidak dibenarkan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dipetik berkata, kesemua suspek ditahan menerusi Op X di sekitar Selangor dan Johor antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari semalam.

Menurutnya, ia susulan operasi bersepadu itu yang turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak menyerbu 12 kilang sisa elektronik di Telok Panglima Garang, Selangor dan Buloh Kasap, Segamat, Johor.

Serbuan adalah hasil maklumat risikan kira-kira tiga bulan dan kesemua suspek telah dibawa ke SPRM Melaka petang semalam sebelum ditahan selepas dirakam keterangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here