Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedia menyokong cadangan meminda akta sedia ada berkaitan perjawatan membabitkan petugas kesihatan, terutama golongan pakar dan doktor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peranan berkenaan masih di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) seperti dijelaskan dalam akta serta peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

Katanya, kesediaan itu dibuat berpandukan kekangan dihadapi Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang akan berfungsi di luar bidang kuasa penubuhannya.

Ini kerana, katanya, fungsi suruhanjaya itu seperti dijelaskan dalam Perlembagaan, tidak memberikan peranan untuk mewujudkan jawatan baharu, merangka sistem saraan termasuk menetapkan kadar emolumen atau elaun kakitangan awam.

“Sebab ini rakan KKM dibuat sebagai pendekatan bersifat memperbaiki amalan dalam sayap swasta, iaitu Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) yang akan dapat membuat dan meningkatkan perjawatan serta kadar upah kepada petugas kesihatan.

“(Pendekatan ini memberikan) peluang (kepada) saya mengekalkan pakar dan doktor daripada berpindah ke sektor swasta mahupun luar negara.

“Jika saya ada sedikit sebanyak kuasa memperbaiki hal mengenai fasiliti kesihatan awam dengan hasil yang kita ada akan memperbaiki hal berkaitan, sekali gus memberi cabaran kepada pihak swasta melalui tanda aras persaingan dan harga.

“Ini juga membolehkan mereka (sektor swasta) tidak mengenakan caj tinggi kerana kita mampu mengemukakan fasiliti (kesihatan) mampu milik kepada pelanggan,”katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKM di Dewan Rakyat, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here