Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir (tengah) bercakap kepada wartawan pada sidang media ketika hadir pada majlis Pelucuran Program Tauliah lidustri Dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTiP) di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 25 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTiP) dijangka mampu untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia juga dapat membantu graduan mendapatkan gaji permulaan yang setara dengan kelayakan pendidikan selepas tamat pengajian.

“Mereka yang mengikuti kursus-kursus teknikal di universiti atau kursus-kursus profesional di peringkat universiti, apabila mereka keluar nanti mereka memerlukan bidang-bidang pekerjaan.

“Isu utama sering kali kita dengar ialah berkaitan dengan isu bekerja di bawah kelayakan pendidikan (underemployment). Maknanya ketidaksepadanan bidang pengajian dengan bidang pekerjaan.

“Ini menyebabkan masalah gaji tidak sama dengan kelebihan, seorang jurutera dalam bidang elektrikal, tapi dia bekerja mungkin kerja-kerja teknikal biasa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir (empat kiri) bersama-sama Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (dua kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian (tiga kiri) melakukan gimik pelancaran pada majlis Pelucuran Program Tauliah lidustri Dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTiP) di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 25 FEBRUARI 2025.

Terdahulu beliau hadir ke Majlis Peluncuran Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTiP) di Hotel Sunway Putra.

Zambry berkata, buat permulaan, program KPTiP akan melibatkan seramai 6,000 pelajar dan membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM60 juta.

“Kita akan kenal pasti mereka yang ada dalam bidang ini dan KPT akan menanggung separuh dari perbelanjaan itu.

“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) pula memberikan pinjaman kewangan sebanyak RM5,000, manakala KPT pula memberi bantuan sebanyak RM5,000 bagi mendapatkan sijil professional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Selain itu, katanya, KPTiP tidak bermaksud untuk mempersoalkan mana-mana program pengajian sedia ada, sebaliknya ia untuk memastikan proses peningkatan kemahiran dalam kalangan graduan dibuat mengikut kehendak pasaran dan industri.

“Mungkin mereka belajar di peringkat universiti dari segi teorinya tetapi untuk menjadikan mereka sebagai golongan profesional, mereka perlu pengiktirafan atau sijil di peringkat antarabangsa itu selain ijazah yang dimiliki.

“Mungkin kementerian-kementerian lain dapat lahirkan seramai mungkin dalam bidang profesional untuk kemajuan anak-anak kita yang keluar daripada universiti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here