Gambar : IPD Temerloh

KUANTAN – Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua buah lori di Kilometer 26 Jalan Jerantut-Temerloh kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian melibatkan sebuah lori rigid dengan lori sawit tiada muatan dari arah Jerantut ke Temerloh.

“Hasil siasatan awal mendapati, pemandu lori sawit tiada muatan itu telah memberi isyarat hendak masuk ke simpang kanan ketika di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu lori rigid Gardenia Bakeries (KL) gagal mengawal kenderaan lalu melanggar bahagian belakang lori tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan tersebut, Mazlan berkata, pemandu lori rigid berusia 38 tahun tersepit di tempat duduk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori sawit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here