KUANTAN – Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dianugerahkan sebagai Mahkamah Tinggi Syariah Terbaik daripada keseluruhan 45 buah institusi kehakiman di seluruh negara.
Exco Hal Ehwal Islam, Kemajuan Desa, Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pencapaian tersebut diperoleh semasa sesi Audit Pematuhan Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia bagi Tahun 2024.
Menurutnya, perkara tersebut dititahkan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa Majlis Pengurniaan Tauliah Pelantikan Panel Hakim di Istana Abdulaziz, hari ini.
“Baginda bertitah ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada Jabatan Kehakiman Syariah Pahang yang mendapat anugerah 5 bintang dalam Audit Pematuhan Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia bagi Tahun 2024.
“Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.