Mohamed Khaled (dua dari kiri) meninjau lokasi mesyuarat ADMM yang bakal berlangsung esok di Hotel Shangri-La Rasa Sayang di Batu Feringghi, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Malaysia berharap gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel dihormati dan dipatuhi sepenuhnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendirian negara konsisten dalam isu berkenaan selain berharap tiada sebarang pelanggaran terhadap perjanjian itu.

“Kami menyokong gencatan senjata dan berharap semua pihak mematuhi keputusan itu.Kita tahu ada pelanggaran berlaku, tetapi kita tetap berharap tiada pelanggaran gencatan senjata.

“Saya tidak bercakap mengenai pendirian ASEAN dalam soal ini (Palestin) tetapi pendirian Malaysia,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pendirian ASEAN berhubung gencatan senjata yang telah dilanggar Israel.

Media semalam melaporkan, beberapa kediaman penduduk Palestin di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, dilaporkan terbakar selepas terkena tembakan tentera Israel.

Serangan baharu itu berlaku meskipun perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan telah dikuatkuasakan bulan lalu, yang menghentikan serangan ganas Israel yang mengorbankan lebih 48,300 nyawa dan memusnahkan Gaza.

Terdahulu Mohamed Nordin meninjau persiapan Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di hotel Shangri-La Rasa Sayang di Batu Feringghi di sini.

Kira-kira 159 delegasi dari 10 negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN dijangka menghadiri pemukiman tersebut.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat, program dan sidang kemuncak berkaitan ASEAN sepanjang tahun ini dan 13 daripadanya dilakukan di Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here