Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 25 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengikrarkan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menangani perubahan iklim bersama negara-negara ASEAN lain walaupun Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan terus kukuhkan kerjasama bersama negara ASEAN lain termasuk dalam penyesuaian dasar dan peralihan tenaga ketika ini.

“Dasar peralihan tenaga yang sedang digunakan di Semenanjung dan Sarawak akan dipercepatkan bagi memastikan kita dapat menangani cabaran perubahan iklim dengan lebih berkesan.

“Walaupun AS sudah menarik diri, konsensus dalam kalangan negara ASEAN terus kukuh. Pastinya kita tidak ambitious (bercita-cita tinggi) yang mampu pengaruhi keputusan AS tapi kita akan terus jaga hubungan.

“Usaha tangani perubahan iklim akan terus berjalan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas -Muar) mengenai usaha Malaysia untuk memastikan negara Barat terutama AS kembali mengiktiraf perubahan iklim sebagai isu penting. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here