PERTH – Pencarian baharu pesawat Boeing, B777, milik Malaysia Airlines yang hilang lebih sedekad lalu di Lautan Hindi bermula hari ini.
Syarikat yang berpangkalan di United Kingdom, Ocean Infinity telah menandatangani kontrak ‘no find, no fee’ dengan kerajaan Malaysia bagi melakukan pencarian di kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di lautan tersebut, kira-kira 1,500 kilometer dari Perth, lapor 9News.
Pencarian tersebut lebih focus dan menyasarkan pencarian terdahulu, yang mana meliputi kawasan seluas 200,000 kilometer persegi.
Difahamkan kapal pencarian Ocean Infinity, Armada, akan memberi tumpuan yang lebih kepada empat titik panas.
Bagaimanapun prosesnya adalah rumit menerusi topografi dasar laut, beberapa kilometer daripada permukaan, termasuk jurang dan gunung berapi di bawah laut.
Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 bersama 239 penumpang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pelbagai usaha pencarian dilakukan sebelum ini namun menemui kegagalan. – Agensi