Tertuduh, Mohd Farisyal Mohd Alias, 46, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sazlina Zafie.

KUANTAN – Seorang penolong jurutera kanan sebuah jabatan kerajaan di Raub mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas 48 pertuduhan menerima barangan berharga berupa wang berjumlah lebih RM270,000.

Tertuduh, Mohd Farisyal Mohd Alias, 46, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sazlina Zafie.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menerima barang berharga iaitu wang bernilai antara nilai RM500 sehingga RM25,000 yang berjumlah keseluruhan RM270,400 daripada individu yang mempunyai hubungan kerja-kerja rasmi dengannya pada September 2019 sehingga Disember 2022.

Tertuduh yang ketika itu merupakan Penolong Jurutera (Awam)  Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Raub didakwa menerima wang tersebut menerusi 48 transaksi yang dibuat oleh individu tersebut secara atas talian ke dalam akaun bank miliknya.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membolehkan hukuman penjara sehingga dau tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ezuain Farhana Ahmad manakala tertuduh diwakili Peguam, Mohd Falihin Kamil Mohamed Sazali.

Ezuain memohon jumlah jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri ke Pejabat SPRM Raub setiap Isnin pertama bagi setiap bulan sehingga kes selesai.

Namun Mohd Falihin memberitahu mahkamah anak guamnya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan perlu menyara isteri dan tiga anak yang masih bersekolah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM5,914.80.

Selain itu, katanya, tertuduh hanya sempat mengumpul wang sebanyak RM25,000 sejak dimaklumkan tarikh pertuduhan empat hari lalu kerana akaun miliknya telah disita pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak siasatan berjalan pada tahun 2022.

Hakim kemudian membenarkan wang jaminan berjumlah RM28,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri ke Pejabat SPRM Raub pada hari Isnin minggu pertama setiap bulan dan paspot antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh juga tidak dibenarkan bercakap atau menghubungi pengadu dan saksi pendakwaan kecuali pegawai penyiasat sepanjang perbicaraan berlangsung.

Hakim turut menetapkan 17 April depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here