Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

KUALA LUMPUR – Seramai 97 mangsa di seluruh negara mendakwa telah ditipu dalam satu skim pelaburan sewaan mesin kopi melibatkan kerugian lebih RM3.6 juta.

Mendedahkan perkara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mangsa dipercayai telah diperdaya oleh sebuah syarikat tempatan.

Menurutnya, mangsa tertarik untuk menyertai program pelaburan tersebut selepas dijanjikan pulangan keuntungan lumayan antara 20 peratus hingga 51 peratus secara automatik oleh pihak syarikat setiap tiga bulan sekali.

“Rata-rata mangsa sudah melabur seawal tahun 2018 dengan membayar ribuan ringgit sebagai wang pelaburan kepada syarikat terbabit namun sehingga kini tidak mendapat apa-apa.

“Mangsa menyatakan mereka mula curiga apabila pulangan yang diterima tidak sama walaupun mereka menyertai pakej pelaburan yang serupa antara satu sama lain pada awal pelaburan. 

“Lebih membimbangkan, syarikat tersebut gagal menunaikan janji pembayaran keuntungan seperti yang telah dipersetujui,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Kata Hishamuddin, kesemua mangsa telah membuat laporan polis berhubung penipuan itu dan pihaknya akan membuat sidang media Isnin depan dengan mengumpulkan sebahagian mangsa bagi mendedahkan kejadian menimpa mereka.

“Anda tengok sendiri bagaimana syarikat tempatan boleh menipu begitu banyak mangsa hingga mencecah jutaan ringgit namun sudah beberapa tahun masih lagi kebal menipu seolah-olah tidak ada apa-apa akan berlaku kepada mereka.

“Kita mahu pihak berkuasa menyiasat serta menghadapkan semua yang terlibat ini ke muka pengadilan. Pelik sekali kerana isu-isu berkaitan penipuan pelaburan dilakukan dengan begitu terbuka tanpa sedikit pun gentar dengan undang-undang di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here