Mohamed Khaled.

GEORGE TOWN – Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) hari ini mencapai kata sepakat untuk menerima Jerman dan Turkiye sebagai pemerhati untuk tempoh 2024 hingga 2027.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerimaan Jerman dan Turkiye sebagai pemerhati itu adalah hasil konsensus penuh daripada semua negara ASEAN.

Jelas beliau, penerimaan itu sekali gus menunjukkan komitmen ASEAN untuk terus memperkukuhkan kerjasama serantau dan mengukuhkan kedudukannya sebagai rangka kerja keselamatan serantau yang terbuka dan inklusif.

“Pada tahun ini semua (negara ASEAN) telah bersetuju untuk menerima Jerman dan Turkiye selaku pemerhati bagi tahun 2024-2027.

“Seperti kita sedia maklum, penerimaan dan keputusan bagi ASEAN ia memerlukan konsensus.

“Sebelum ini permohonan tersebut tak diterima oleh beberapa negara maka ia tak berjaya tetapi terima kasih kepada semua dan bersyukur di bawah kepengerusian ASEAN, nampaknya semua bersetuju, maknanya ada konsensus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)  di Batu Ferengghi di sini, hari ini.

Sesi Permukiman ADMM adalah merupakan pertemuan tidak formal di dalam kerangka ADMM melibatkan Menteri Pertahanan dari 10 buah Negara Anggota ASEAN dan turut disertai Timor-Leste sebagai negara pemerhati.

ASEAN dibentuk oleh lima negara anggota – Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina pada 1967.

Brunei menyertai blok itu pada 1984 manakala Vietnam pada 1985, Myanmar, Laos (1997) dan Kemboja merupakan negara terakhir menyertai ASEAN pada 1999 sebelum Timor-Leste diterima sebagai negara pemerhati (2022). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here