Foto FB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Datuk Abu Bakar  Ali menghembuskan nafas terakhir kira-kira 6.40 petang di sebuah hospital pakar swasta di Damansara, di sini semalam.

Allahyarham yang berkhidmat ADUN Kemasik selama penggal bermula 1986 hingga 2004 itu disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung dan beberapa komplikasi lain.

Menurut anaknya, Mohd Amri Halimi Abu Bakar, allahyarham mengalami sesak nafas dan dibawa ke hospital terbabit, 23 Januari lalu.

Katanya, allahyarham Abu Bakar disahkan mengalami paru-paru berair dan masalah buah pinggang selain sakit saraf sejak 2012.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, jenazah allahyarham sudah dibawa pulang ke rumahnya di Kerteh, Terengganu jam 9 malam tadi.

Jenazah akan disolatkan jam 10.30 pagi ini di Masjid Tengku Mizan, Kerteh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor.

“Menerima perkhabaran duka pemergian sahabat saya, Datuk Abu Bakar Ali yang lebih mesra saya panggil Datuk Kor, mantan ADUN Kemasik, yang telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga kepada rakyat yang telah menerima khidmat bakti Allahyarham selama ini.
“Saya berpeluang menziarahi beliau pada 20 Februari lalu dan kenangan itu akan sentiasa tersimpan kemas di ingatan. Saya ambil kesempatan untuk mengucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan semoga mereka diberi ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” kata Presiden UMNO itu dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here