KUALA LUMPUR – Lagu tradisional Kelantan Ewa Bule mendapat perhatian antarabangsa apabila dinyanyikan oleh kumpulan koir remaja di Switzerland.
Video persembahan tersebut tular di TikTok baru-baru ini dan mendapat pelbagai respon positif rakyat Malaysia.
Terdahulu, kumpulan Warga Pulai Chondong menerusi Facebook turut berkongsi satu rakaman video persembahan kumpulan koir kanak-kanak Rusia menyanyikan lagu Ewa Bule.
Katanya, perkara tersebut merupakan satu kebanggaan dan membuktikan budaya rakyat Malaysia diterima masyarakat antarabangsa.
“Seni budaya bangsa kita, dihargai oleh negara luar. Lagu dikir barat Ewa Bule semakin dikenali dalam kalangan pelajar koir di persada antarabangsa,” tulisnya.
Penyanyi tersohor negara Shila Amzah sebelum ini juga pernah mendendangkan lagu itu di China.-MalaysiaGazette