Willie Mongin

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu melibatkan wakil dari kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai anggota Majlis Media Malaysia yang akan terdiri daripada 21 wakil.

Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat membantu dalam tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 antara kerajaan Persekutuan dan negeri dimana media mempunyai kuasa besar.

“Saya ingin cadangkan supaya majlis ini bukan sahaja diwakili Kerajaan Persekutuan tetapi juga diwakili oleh wakil dari kerajaan Sarawak dan Sabah manakala saya cadang supaya satu wakil persatuan pengamal media  dari Sarawak dan Sabah.

“Ia boleh meletakkan framework Perjanjian Malaysia yang menentukan hak kesaksamaan khasnya dalam Majlis Media  Malaysia, ini di mana hari ini kuasa media begitu besar sudah pasti kalau ada wakil dari kerajaan Persekutuan,Negeri Sabah, Sarawak sudah semestinya mereka boleh memberi pendapat dan pandangan mereka demi kebaikan negara,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 hari ini.

Mengulas lanjut, Mongin turut mencadangkan Majlis Media Malaysia diberikan dana secara tetap oleh kerajaan supaya ia tidak bergantung kepada sumbangan dana luar yang boleh mempengaruhi media untuk kepentingan diri.

“Majlis ini boleh buat fund raising (derma orang ramai) dari mana-mana sumber. Saya khuatir jika mereka dapat dana daripada individu atau organisasi tertentu, ia boleh mempengaruhi keputusan dan tatakelola dan hala tuju majlis ini, dimana kita lihat hari ini ramai jutawan boleh mempengaruhkan cara dan hala tuju kepimpinan negara akibat dana mereka sumbang kepada organisasi politik atau media tertentu,” katanya.

Beliau juga menyuarakan kebimbangkan sekiranya Majlis Media Malaysia hanya dikuasai kumpulan tertentu sekaligus menjadikan matlamat utama  untuk memberi kebebasan kepada badan itu menjadi gagal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here