Mohamed Khaled (tengah) ketika berucap pada pembukaan Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Hotel Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferengghi Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerjasama serantau yang kukuh adalah asas utama dalam menangani ancaman keselamatan yang semakin kompleks di ASEAN,” tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jelas beliau, cabaran keselamatan melibatkan pelbagai aspek, baik ancaman tradisional mahupun bukan tradisional, memerlukan pendekatan bersama dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

“Ancaman keselamatan kini tidak lagi terhad kepada sempadan negara, malah mencabar seluruh rantau.

“Justeru tanpa kerjasama erat antara negara anggota ASEAN, negara-negara di rantau ini akan sukar untuk menangani cabaran yang semakin kompleks ini,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Batu Ferengghi di sini, hari ini.

Mohamed Khaled.

Mengulas lebih lanjut, beliau menjelaskan bahawa ancaman keselamatan bukan tradisional seperti ancaman siber, keganasan dan kemusnahan alam sekitar memerlukan ASEAN untuk meningkatkan kapasiti kolektif bagi menghadapi pelbagai isu tersebut secara proaktif.

“Kesatuan dan kerjasama yang mantap adalah sangat penting dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin sukar untuk dihadapi secara bersendirian.

“Hanya dengan kerjasama yang erat, ASEAN akan lebih mampu memastikan kestabilan dan kemakmuran bersama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Khaled turut menyentuh mengenai ancaman keselamatan dari aktor bukan negeri yang dikatakan mengganggu integriti sempadan antarabangsa ASEAN.

“Aktiviti haram ini bukan sahaja mengancam keselamatan, malah boleh menjejaskan dasar perdagangan bebas dan keyakinan awam terhadap ASEAN.

“Selain itu, kita juga perlu memperkukuh pertahanan biosekuriti, terutamanya dalam menghadapi ancaman pandemik dan penyakit berjangkit ia susulan COVID-19 telah membuktikan bahawa risiko kesihatan kini turut memberi impak terhadap keselamatan dan kestabilan rantau.

“Sehubungan itu, ASEAN perlu memasukkan elemen kesihatan dan perubatan dalam dasar pertahanan untuk menghadapinya dengan lebih berkesan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here