Pengerusi Koperasi Usaha Maju Kuala Lumpur Berhad (Komaju), M.Nasir Ramli

KUALA LUMPUR – Koperasi Usaha Maju Kuala Lumpur Berhad (Komaju) memberi jaminan, perkhidmatan simpanan emas yang diusahakan agensi itu bersandarkan jongkong emas sebenar bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa sindiket penipuan.

Pengerusinya, M.Nasir Ramli berkata, ramai menjadi mangsa sindiket penipuan kerana membuat pembelian emas tanpa melalui proses akad jual beli yang sah dan tidak memperoleh emas secara fizikal selepas membuat pembayaran.

“Apa yang berlaku sebenarnya adalah pihak yang kononnya menjual emas tetapi sebenarnya tiada emas. Itu yang menyebabkan berlakunya penipuan.

Koperasi Usaha Maju Kuala Lumpur Berhad (Komaju) meluncurkan jongkong emas tulen 999.9 keluaran TSS Kencana dengan ukiran lambang Diraja TSS dengan tiga varian iaitu seberat 1, 10 dan 100 gram.

“Melalui kerjasama strategik dengan Tawafuq Consultancy Sdn Bhd, setiap urus niaga dan pelaburan emas Komaju sentiasa dinilai dan dipantau agar patuh Syariah.

“Di Komaju, kita bukan sahaja menjual emas fizikal, bahkan orang ramai boleh menyimpan dengan kita untuk pelaburan patuh Syariah.

“Setiap tahun kita akan memberi pulangan tahunan yang tinggi antara 6 hingga 9 peratus kepada pelanggan menerusi skim Mudrabah,” katanya menerusi kenyataan kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah (tengah) meluncurkan jongkong emas tulen 999.9 keluaran TSS Kencana dan DMS Auto Garage di Batu Caves, Selangor, Ahad lalu.

Jongkong emas tulen 999.9 keluaran TSS Kencana dengan ukiran lambang Diraja TSS dengan tiga varian iaitu seberat 1, 10 dan 100 gram dilancarkan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, Ahad lalu.

Selain jongkong emas, Tengku Shariffuddin Shah turut meluncurkan pembukaan rasmi DMS Auto Garage sebagai sebuah bengkel perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan berkualiti.

Menurut Nasir, inisiatif Komaju itu untuk menggalakkan orang ramai menyimpan emas dengan lebih selamat di samping mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa sindiket penipuan terutamanya menerusi platform media sosial.

“Untuk memastikan urusniaga emas lebih terjamin dan selamat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memantau agensi yang berdaftar di bawahnya termasuk Komaju.

“Komaju hanya menjual emas menerusi platform atas talian iaitu di laman rasminya sahaja.

“Komaju juga menawarkan khidmat untuk membeli semula emas dan jaminan turut diberikan kepada pelanggan,” katanya.

Mengulas lanjut, pelaburan Komaju melibatkan tiga rangkaian perniagaan termasuk DMS Auto Garage, kenderaan terpakai dan penanaman durian premium di atas ladang berkeluasan 3,000 hektar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.

“Kita akan tambah perniagaan lain, bergantung kepada jumlah pembelian jongkong emas daripada Komaju,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here