Tangkap layar dari video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak mengheret lelaki OKU.

KUALA LUMPUR- Lima lelaki yang terlibat dalam kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah pasar pagi di Kemaman, Terengganu, 17 Januari lalu didenda RM2,000 seorang.

Manakala seorang lagi tertuduh minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kemaman, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, keenam-enam tertuduh sebelum ini telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/01/18/polis-buru-lelaki-pukul-oku-di-pasar-tani/

“Pada Isnin lalu, seramai enam individu ditahan berhubung kes tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman. Lima lelaki tersebut mengaku bersalah manakala seorang lagi minta dibicarakan.

“Kesemua yang mengaku bersalah telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 setiap seorang dan mereka telah membayar denda tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan spekulasi tidak benar.

Katanya, pihak polis akan sentiasa memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil.

Sebelum ini MalaysiaGazette melaporkan, seorang lelaki OKU mental dipukul sehingga cedera di pasar tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.

Menurut Polis Terengganu siasatan mendapati mangsa terlanggar sebuah gerai sehingga menyebabkan barang jualan tumpah dan jatuh ketika menunggang motosikal di situ.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here