Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran seramai 13 pegawai kanannya berkuat kuasa 7 April depan.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah memaklumkan, pertukaran itu melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman, Datuk Ibrahim Darus dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah E8, Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner (DCP) Normah Ishak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner (CP).

“Turut bertukar Ketua Penolong Pengarah (Risikan/ Operasi), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Saifullizan Ishak yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat DCP.

“Selain itu, Penolong Pengarah E8A, Cawangan Khas, Bukit Aman, SAC Azman Abd Razak ditukarkan ke jawatan Ketua Penolong Pengarah E8, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Manakala Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan), Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Rozira Md Don dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Pelesenan Am/ Jawatankuasa Penyiasat (CE), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Kamaruzaman, Ketua Cawangan Khas Negeri Sembilan, ACP Faizal Ibrahim pula dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Selangor dengan memangku pangkat SAC.

Dalam pada itu, Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Kuantan, Pahang, ACP Nasri Mansor dilantik sebagai Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri dengan memangku pangkat SAC.

Ujarnya lagi, seramai enam lagi pegawai kanan dengan pangkat superitendan dilantik memangku pangkat ACP dan ditukarkan ke beberapa jabatan dalam PDRM pada tempoh yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here