Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus kilang berputih mata selepas rugi RM184,757 diperdaya pelaburan dalam talian yang tidak wujud selepas tertarik iklan pelaburan di pusat pencarian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun itu melihat iklan pelaburan berkenaan pada 26 November lalu.

Katanya, mangsa mendakwa selepas itu dia dihubungi individu bernama Cindy dan meminta mangsa mendaftar di satu pautan pelaburan.

“Mangsa percaya dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat dan membuat 10 transaksi ke dalam tiga akaun bank tempatan.

“Mangsa masih tidak menerima keuntungan yang dijanjikan sehingga kini, malah sebaliknya diminta terus membuat pembayaran tambahan.

“Menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Raub, siasatan awal mendedahkan akaun bank yang digunakan sindiket ini mempunyai 14 rekod penipuan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here