Mohd Faizal Jaafar

KUANTAN – Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) cadang menggunakan peruntukan RM268.9 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) sekiranya diluluskan bagi menaik taraf serta mewujudkan kawasan perindustrian baharu yang lebih strategik dan berdaya maju di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Mohd Faizal Jaafar berkata, pihaknya berhasrat membuka kawasan perindustrian baharu melibatkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Gebeng dan industri pertahanan di Lipis

Dua kawasan yang disasarkan berpotensi melibatkan kawasan Gebeng di sini dan di kawasan Lipis akan dibangunkan dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk menarik minat pelabur.

“PKNP memohon peruntukan Kementerian Kewangan bagi menaikkan  kawasan industri baru yang siap kemudahan infranstruktur.

“Fokus kita ialah kepada IKS kerana ia lebih mudah dan tidak memerlukan modal besar selain mendapat permintaan tinggi daripada pemain tempatan atau pelaburan langsung domestik.

“Pelabur bila datang hanya perlu plug and play, mereka boleh terus membina kilang di kawasan seluas lima, 10 atau 20 ekar sebagaimana yang diperlukan,” katanya di pada sidang media selepas Majlis Soft Launch Sambutan 60 Tahun Penubuhan PKNP di sini hari ini.

Tambah Mohd Faizal,  projek perindustrian yang akan dibangunkan dinatas tanah seluas 148 ekar melibatkan industri berkaitan keretapi, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan gudang simpanan.

Manakala kawasan perindustrian di Lipis dilihat strategik untuk dibangunkan sektor pertahanan dan berkaitan memandangkan sudah terdapat kilang peluru telah dibangunkan.

“Kita mahu industri yang dapat menyokong kilang peluru di situ dan kalau boleh pelaburan yang dilakukan berkait dengan industri pertahanan,” tambahnya.

Ditubuhkan pada 27 Disember 1965, PKNP telah memainkan peranan utama dalam pembangunan negeri termasuk pembinaan taman perumahan, pusat pertumbuhan desa (PPD) serta kawasan perindustrian strategik.

Pada tahun 2024, PKNP berjaya menarik pelaburan bernilai RM 3.69 bilion sekaligus mengukuhkan peranannya sebagai agensi penggerak dan pemaju ekonomi Negeri Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here