Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat di sini hari ini  sekaligus melakar sejarah kepada industri media di negara ini.

RUU itu mendapat sokongan majoriti daripada blok kerajaan dan pembangkang selepas ia dibahas oleh 18 ahli Parlimen hari ini.

RUU MMM 2024 yang mengandungi 23 Fasal itu dibentangkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember tahun lalu dan hari ini untuk bacaan kali kedua.

Antara objektifnya industri media untuk menubuhkan sebuah badan yang akan memperkukuh tadbir urus serta menjaga kepentingan media di Malaysia.

Untuk makluman, cadangan penubuhan bagi mentadbir urus industri media di Malaysia dicetuskan sejak 1973 lagi oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here