Seorang wanita maut selepas tercampak dari jejambat Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan dan tercampak dari jejambat  (flyover) pada ketinggian 30 meter di Kilometer 0.7, Lebuh Raya Bertingkat Damansara- Shah Alam (DASH) menghala Shah Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisiooner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pukul 6.50 petang melibatkan mangsa warga tempatan berusia 30 tahun.

“Siasatan awal mendapati, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh dan bergesel dengan sebuah kereta yang di hadapan sebelum dia terjatuh dari lebuh raya itu.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu,Shahrulnizam meminta individu yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan orang ramai serta pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang kejadian kemalangan. – MalaysiaGazette

Video Berkaitan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here