Mohammad Shahrin dan isterinyah Nor Fazliana menunjukkan gambar anak sulung mereka yang kini memerlukan dana orang awam bagi menjalani pembedahan jantung esok.

BUKIT MERTAJAM – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan memerlukan bantuan dana berjumlah RM110,000 bagi menjalani pembedahan jantung dengan segera.

Nur Khadijah Aryana Mohammad Shahrin yang berasal dari Bukit Mertajam dikesan mengalami masalah kecacatan jantung sejak dia dilahirkan.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, Nur Khadijah Aryana terpaksa bergantung alat bantuan oksigen sejak dilahirkan.

Katanya, pemeriksaan doktor mendapati satu saluran darah utama pada jantung Nur Khadijah Aryana tidak terbentuk, menyebabkan darah dan oksigen bercampur.

“Keadaan itu boleh menyebabkan paru-parunya dipenuhi cecair, meningkatkan risiko jangkitan bakteria serta bayi akan mengalami kekurangan oksigen dan kebiruan setiap kali menangis.

“Kecacatan jantung kongenital yang serius ini menyebabkan Nur Khadijah Aryana tidak dapat bernafas sendiri.

“Jangkitan bakteria yang kerap memaksanya terus berada di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selama hampir dua bulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Sui Hau, doktor memaklumkan embedahan untuk menutup lubang pada jantung bagi itu perlu dilakukan dengan segera  termasuk pembedahan memasukkan implan Contegra Valved Conduit dijadualkan esok.

“Kos pembedahan yang mencecah RM110,000 menjadi beban besar bagi ibu bapanya yang kurang berkemampuan.

“Bapa bayi, Mohammad Shahrin Abd Aziz, 30, bekerja sebagai pembantu bahagian pengeluaran di sebuah kilang dan ibu, Nor Fazliana Mohd Ramli, 31, seorang pegawai khidmat pelanggan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3201428817) atau layari onehopecharity.org.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi talian hotline 04-539 9212, 016-4192 192, 019-2322 192, 018-911 4192. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here