Samu Castillejo. Foto FB Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang AC Milan, Samu Castillejo sah menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menambah sengat bahagian serangan  dalam saingan elit dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE).

Berita baik itu diumumkan menerusi laman rasmi Facebook, Johor Southern Tigers hari ini.

“Dengan lebih 300 perlawanan untuk kelab La Liga & Serie A, Samu Castillejo kini milik Harimau Selatan,” tulis hantaran tersebut.

Untuk rekod, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyarung jersi beberapa kelab terkemuka di Eropah seperti AC Milan, Villareal, Valencia dan Malaga.

Castillejo merupakan pemain import kelima terbaru JDT yang tiba bagi memperkuat jentera serangan dalam usaha untuk mara lebih jauh dalam saingan ACLE.

Sebelum ini, JDT sudah merekrut empat lagi pemain iaitu Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera, Roque Mesa dan Anselmo Moraes yang telah membawa impak positif kepada pasukan.

Kehadiran Castillejo pastinya bakal menyuntik semangat JDT menjelang aksi menentang jaguh Thailand, Buriram United dalam pusingan 16 terakhir pertama ACLE di tempat lawan pada 4 Mac. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here