KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian hari ini di Dewan Rakyat apabila hadir ditemani bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Mereka segak berbaju Melayu dan berbaju kurung rona sedondon manakala anak sulung Bella, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff turut hadir dengan berpakaian segak mengenakan kot kelabu dan tanda nama.
Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Bentong, Young Shefura di X,beliau turut berkongsi foto memaparkan Bella bersama Syed Saddiq dalam dewan Parlimen.
“Ada orang bawa Bella Astillah ke Parlimen,” tulis Shefura.
Bella pula di Instagram pula, turut berkongsi foto bersama Syed dan anaknya.
“Hello from Parliament, ” tulis Bella ringkas
Sejak kebelakangan ini, hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta jenama pakaian.
Bella dan Syed Saddiq dilihat banyak meluangkan masa bersama selepas menjadi duta jenama pakaian malah mereka menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah baru-baru ini.
Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu. – MalaysiaGazette