Logo bernas
Gambar hiasan

JERLUN – Golongan pesawah di seluruh negara bakal menerima agihan sumbangan membabitkan peruntukan berjumlah RM15 juta daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk membantu mereka melakukan persediaan awal Ramadan dan Syawal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM30 juta yang dipersetujui Bernas untuk disalurkan bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

“Saya minta Bernas bantu pesawah dan bukannya parti politik memandangkan Bernas jana keuntungan daripada pesawah, jadi mereka setuju untuk menyumbang RM30 juta sebelum ini.

“Kita akan salurkan (dahulu) RM15 juta kepada pesawah bagi meringankan beban mereka membuat persediaan awal Ramadan dan Syawal,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here