Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan caj kesesakan dan inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan mengenai mekanisme caj kesesakan yang bakal digunakan sekiranya dilaksanakan dan jangkaan jumlah penurunan kesesakan dikemukakan kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Dalam sesi soal jawab, S. Kesavan (PH-Sungai Siput) akan mengajukan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai cadangan memperhebat pelaksanaan program pembudayaan seperti Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics untuk menarik minat masyarakat terhadap pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Persoalan mengenai strategi Kementerian Digital untuk melaksanakan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan agar usaha kecerdasan buatan (AI) dioptimumkan serta strategi supaya penjawat awam dapat mendalami pengoperasian sistem AI pula, dijadualkan diajukan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak).

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan dan perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2025 Siri 1 dan diikuti pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here