Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang doktor lelaki ditahan selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh dengan seorang wanita awam di sebuah hospital kerajaan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 43 tahun yang juga pegawai perubatan itu ditahan di hospital berkenaan pada jam 9.30 malam.

“Kita menahan penjawat awam berkenaan di sebuah hospital di bandaraya ini bagi membantu siasatan kes berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga 2 Mac depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

MalaysiaGazette difahamkan doktor terbabit berkelakuan tidak senonoh dengan seorang wanita awam dan kelakuannya dikesan kakitangan hospital.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here