Gambar palsu yang ditularkan di media sosial.

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar yang memaparkan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menziarahi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah palsu.

Facebook rasmi SPRM mendakwa, gambar yang ditularkan di media sosial telah disunting dengan maksud untuk mendatangkan salah faham kepada masyarakat.

Dalam foto yang ditularkan, Azam bersama-sama dua pegawai disunting sedang melihat Ismail Sabri sedang berbaring.

Gambar Ahli Parlimen Bera itu dipercayai diambil ketika bekas perdana menteri itu menerima rawatan di hospital baru-baru ini.

“Awas. Gambar palsu! SPRM menegaskan bahawa gambar ini adalah suntingan. Ia telah dimanipulasi dengan tujuan mengelirukan orang ramai.

“SPRM menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan dan salah faham,” katanya.

Pada 22 Disember lalu media melaporkan, Ismail Sabri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar Ismail Sabri sedang dirawat di sebuah hospital di Petaling Jaya selepas didakwa tidak sedarkan diri.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here