Foto IG Haziq Nadzli.

KUALA LUMPUR – Penjaga gol Perak, Haziq Nadzli merakamkan  terima kasih buat Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas segala kenangan indah selama tujun tahun di kelab itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Hazia memuat naik 10 keping foto ketika berlatih, beraksi dan memenangi trofi bersama JDT beserta ucapan terima kasih buat pihak kelab.

”Terima kasih JDT untuk tujuh tahun yang sangat berharga buat diri saya, terima kasih kerana membantu meningkatkan cara permainan saya.

“Banyak perkara baharu yang saya pelajari untuk diri dan prestasi saya,” tulisnya.

Haziq turut sempat menzahirkan penghargaan khas kepada Pemilik Kelab yang juga Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas segala jasa baginda dalam perkembangan karier pemain berusia 27 tahun itu.

“Yang paling penting, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemilik Kelab, DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor yang banyak membantu dan menyokong saya dari segi prestasi dan juga mentaliti saya,” katanya.

Di akhir ucapan, Haziq mendoakan kejayaan buat pasukan JDT di AFC Champions League Elite (ACLE) dan berharap skuad Harimau Selatan ini mampu membanggakan nama Malaysia.

“Semoga berjaya JDT untuk pusingan 16 terakhir ACLE, buat Malaysia bangga,” tulis Haziq menutup ucapannya.

Haziq telah melakukan 16 penampilan untuk JDT sejak tiba pada tahun 2017 malah telah memenangi lima kejuaraan Liga Super, dua gelaran juara Piala FA dan satu trofi Piala Malaysia.

Pada awal musim lalu, Haziq telah memilih untuk berhijrah ke Perak secara pinjaman dan hasil aksi cemerlang, beliau telah dipanggil memperkuat Harimau Malaya di Asean Mitsubishi Electric Cup lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here