Dr. Fuziah Salleh menyantuni pengunjung ketika Program Jualan Rahmah Madani bersempena dengan Majlis Pembukaan Rasmi Pasar Raya Nirwana Hypermarket Kuantan di sini hari ini.

KUANTAN – Kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk mengimport kelapa dari luar negara untuk menampung kekurangan bekalan dalam negara menjelang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh berkata, tahun  ini kerajaan memberi lebih tumpuan terhadap bekalan kelapa susulan berlakunya kekurangan di pasaran.

“Kita dapati ada sedikit kekurangan daripada segi pengeluaran santan sejak Disember lalu dan ketika ini sejumlah 70 peratus bekalan adalah kelapa tempatan manakala selebihnya diimport,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Jualan Rahmah Madani bersempena dengan Majlis Pembukaan Rasmi Pasar Raya Nirwana Hypermarket Kuantan di sini hari ini.

Jelas Fuziah, produktiviti pengeluaran santan tidak mencapai sasaran  seperti biasa masalah ketika segi musim melawas (musim di mana pokok kurang penghasilan buah)  yang berlaku yang menyebebkan kerajaan terpaksa meningkatkan import kelapa dari luar.

Beliau berkata walaupun ia masih terkawal kerana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil langkah meningkatkan import bagi memastikan bekalan mencukupi.

Sementara itu, Fuziah berkata, sebanyak enam Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2025 di Pahang yang akan beroperasi daripada 95 lokasi bazar di seluruh negara.

Menurut beliau, pihaknya memberi jaminan BRR yang beroperasi akan menawarkan harga berpatutan kepada pengunjung.

Program BRR bertujuan menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, katanya semasa Program Jualan Rahmah Madani bersempena dengan Majlis Pembukaan Rasmi Pasar Raya Nirwana Hypermarket Kuantan hari ini.

Di Pahang, enam BBR terbabit ialah di Mahkota Square (Kuantan); Taman Temerloh Jaya (Temerloh); Bandar Jerantut, (Jerantut); Muadzam Shah (Rompin); Dataran Kerayong (Bera) dan bandar Raub (Raub). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here