Lagu Masing-Masing dimuatkan dalam album kedua Ernie berjudul Aura yang dilancarkan pada 2023.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ernie Zakri melakar sejarah apabila mencipta rekod baharu selepas lagu nyanyiannya, Masing Masing diiktiraf Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sebagai pemegang rekod lagu nombor satu paling lama di Carta RIM selama 27 minggu.

Lagu Masing-Masing dimuatkan dalam album kedua Ernie berjudul Aura yang dilancarkan pada 2023 dan turut mendominasi carta muzik dan menjadi karya balada pendengar sekitar rantau Asia Tenggara.

Malah lagu Masing Masing turut dijadikan satu daripada runut bunyi drama rantaian popular Indonesia berjudul Luka Cinta sehingga mencetus fenomena di Nusantara.

“Saya terharu dan bersyukur dengan pencapaian dilakar lagu itu. Kembara ini menjadi bukti kasih sayang serta jalinan peminat terhadap muzik saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, Ernie adalah bukti kejayaan terbesar untuk inisiatif Nusantara syarikat berkenaan.

Katanya, Ernie meraih pengiktirafan mengagumkan sebagai artis tempatan pertama melakar sejarah menduduki tangga tertinggi carta IFPI di tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura.

“Kini inisiatif untuk terus maju ke depan adalah memfokuskan strategi Ernie untuk mengukuhkan lagi hubungan bersama peminat.

“Ia termasuk melancarkan lebih banyak lagu, tingkatkan interaksi dengan peminat di pelbagai platform serta merancakkan lagi acara persembahan secara langsung.

“Keterujaan terhadap industri muzik sekarang buka pelbagai peluang meneroka laluan berbeza buat muziknya termasuk kerjasama di peringkat global bersama artis antarabangsa dan pemuzik seluruh dunia,” katanya.

Lagu Masing Masing juga mencatat lebih 130 juta penstriman di Spotify dan ia adalah lagu Melayu paling tertinggi distrim menerusi platform itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here