Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur ditahan polis didakwa terlibat kes pecah rumah di kawasan Ulu Bernam, di Hulu Selangor, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, tangkapan ke atas suspek berusia lingkungan 30-an pada jam 9.28 pagi.

“Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di beberapa lokasi berbeza sekitar kawasan Ulu Bernam.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua utas jam tangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd Asri, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah lampau, manakala ujian air kencingnya positif syabu.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk reman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Mohd Asri berkata, pihaknya percaya dengan tangkapan suspek itu telah berjaya menyelesaikan satu kes pecah rumah di kawasan tersebut yang berlaku tempoh hari sekaligus meningkatkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here