Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menyindir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dengan mengungkit semula kenyataan beberapa pemimpin kerajaan sekarang yang didakwanya pernah berjanji untuk mengecualikan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).