(Dari kiri) MAJDI, Acryl Sani dan Abbas Moniri (Pengarah Urusan Lubrex FZC) merasmikan Simposium Automotif 2025

CAMERON HIGHLANDS – Rakan Usahawan PUNB, Pro Distributor Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal minyak pelincir jenama Lubrex dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), menyasarkan 200 pengedar baharu, terutamanya bengkel kenderaan di luar bandar, pada tahun ini.

Pengarah Urusannya, Majdi Ramlee berkata, sasaran tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk mencapai 700 pengedar di seluruh negara menjelang akhir tahun 2025, berbanding 500 pengedar yang ada ketika ini.

Menurutnya, pada tahun ini Pro Distributor juga akan meneruskan kerjasama strategik dengan syarikat Auto Aircond Expert Sdn Bhd bagi program ‘Aircond Expert’. Program ini adalah antara nilai tambah kepada perkhidmatan bengkel-bengkel di bawah jenama Lubrex.

“Sasaran utama kami adalah untuk menjadikan bengkel-bengkel usahawan Lubrex sebagai pusat sehenti (one-stop center), bukan sahaja menawarkan perkhidmatan servis dan baik pulih kenderaan, tetapi juga perkhidmatan penyelenggaraan penyaman udara dan lain-lain,” katanya.

Beliau menambah, 50 peratus daripada bengkel yang ada tidak menawarkan perkhidmatan berkaitan penyaman udara,  justeru bengkel yang berminat untuk menyertai program yang bermula sejak Januari lalu digalakkan berbuat demikian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam & Simposium Automotif Pro Distributor Sdn Bhd, yang disempurnakan oleh Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Cameron Highlands, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Acryl Sani berkata, PUNB komited untuk menyokong usahawan automotif melalui skim pembiayaan perniagaan dan program pembangunan.

“Pada 2024, PUNB telah meluluskan RM33.1 Juta pembiayaan perniagaan kepada 70 syarikat dalam industri automotif. Kami percaya bahawa industri ini mempunyai potensi yang besar untuk berkembang maju, dan kami ingin melihat lebih ramai usahawan Bumiputera berjaya dalam bidang ini,” katanya.

Majdi  turut menekakan kepentingan untuk sentiasa meningkatkan profesionalisme dan kemahiran teknikal bagi menghadapi cabaran industri yang semakin kompetitif dengan bersedia menerima teknologi baharu serta meneroka peluang-peluang dalam bidang seperti kenderaan elektrik dan servis digital.

Seramai 370 usahawan automotif Lubrex menyertai majlis tersebut. Pada majlis itu, anugerah-anugerah kecemerlangan turut disampaikan kepada pengedar-pengedar Lubrex di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here