Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini tidak membincangkan isu beras tempatan yang dicampur dalam pek import.

Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut perlu diajukan terus kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Tidak dibincangkan hari ini. Boleh rujuk sama ada kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau Menteri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya ringkas dalam sidang media hari ini.

Beliau ditanya sama ada Mesyuarat Kabinet hari ini membincangkan hasil kajian Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mendapati beras putih tempatan dicampur dengan beras import.

Kajian itu mendapati kira-kira 40 hingga 50 peratus beras putih import (BPI) daripada 5,000 sampel yang dianalisis disahkan bercampur.

Sampel beras itu diterima daripada pihak berkuasa iaitu Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diambil daripada pengilang.

Analisis dibuat bagi mengenal pasti isu kehilangan BPT di pasaran selaras penubuhan Petugas Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan pada 2023.

Katanya, campuran beras dipercayai berlaku di peringkat pengilang dengan petani menanam padi menggunakan benih tempatan.

Banyak pihak menggesa agar lesen pengilang pihak terbabit ditarik kerana tindakan itu menipu pengguna. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here