Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Kru kapal yang dilaporkan terjatuh ke dalam muara Sungai Terengganu ketika melakukan kerja pembersihan ditemukan lemas berhampiran Masjid Kristal, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, mayat Ahmat Nasaruddin Muhamad, 35, dijumpai pekerja restoran sekitar 9.34 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam menerusi sistem MERS 999.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. Proses pengecaman telah dilakukan oleh bapa dan isteri mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, kakak mangsa Siti Zarina Muhammad, 42, berkata walaupun sedih, dia dan keluarga lega kerana mayat adik lelaki bongsunya itu telah ditemukan.

Siti Zarina berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna dengan hanya kesan luka kecil di kepala dipercayai kesan terhantuk pada objek keras ketika terjatuh.

“Arwah meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung lapan bulan dan empat anak perempuan berusia empat hingga 10 tahun,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here