KUALA LUMPUR- Tiga belas kenderaan dilaporkan terbabit dalam kemalangan berhampiran Sekolah Tansau, dekat Putatan, Sabah, pagi tadi mengakibatkan seorang mangsa cedera ringan.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika sesi persekolahan masih berjalan.
Menurut maklumat-maklumat di media sosial, kenderaan yang terbabit dalam nahas tersebut adalah milik guru serta ibu bapa di sekolah berkenaan.
Terdahulu, satu video tular di media sosial memaparkan sebuah lori hilang kawalan ketika menuruni bukit di kawasan itu sebelum melanggar belasan buah kenderaan yang terdiri daripada kereta dan motosikal.- MalaysiaGazette