Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Kepimpinan Tertinggi PKR belum lagi membincangkan penyerataan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, isu tersebut tidak dibincangkan dalam  mesyuarat terakhir Biro Politik PKR.

“Hal ini baru dimaklumkan kepada pimpinan, pimpinan dalam mesyuarat biro politik yang terakhir tidak ada bincang tentang perkara ini.

“Di pihak pimpinan kita akan dapatkan dulu maklumat wakil yang hadir dalam mesyuarat tersebut kerana Pengerusi Keadilan Sarawak tidak hadir ke mesyuarat berkenaan.

“Beliau berada di mesyuarat biro politik pada masa yang sama, jadi beliau tidak memaklumkan dan hal ini belum dibincangkan secara menyeluruh di peringkat pusat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, PKR Sarawak secara rasmi mengumumkan akan bertanding pada PRN Sarawak ke-13.

Perkara itu dimaklumkan PKR Sarawak kepada rakan mereka dalam Pakatan Harapan (PH) Sarawak pada mesyuarat gabungan itu yang dipengerusikan oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen, di sini, semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan susulan mesyuarat itu, PKR Sarawak mengesahkan komitmennya untuk bertanding dalam pilihan raya, dengan berkata keputusan itu disambut baik oleh gabungan PH yang lain.

Sementara itu Fahmi yang juga Menteri Komunikai dan Digital belum membuat pendirian mengenai jawatan yang akan ditandingi dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Dalam Keadilan kita boleh menjalankan tugas dan berbakti bukan hanya kepada parti tetapi juga negara dalam apa juga jawatan, jadi buat masa ini, itu pendirian saya, jadi kita tunggu dululah,” katanya ringkas dalam sidang media hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here