Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Datuk Dr Hasan Mad bercakap pada Program Bicara Persada Setahun KEB: Di Mana dan Ke Mana Bumiputeri di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto SADIQ SANI, 28 FEBRUARI 2025
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Datuk Dr Hasan Mad bercakap pada Program Bicara Persada Setahun KEB: Di Mana dan Ke Mana Bumiputeri di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto SADIQ SANI, 28 FEBRUARI 2025

BANGI – Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa agar kaum Bumiputera untuk membuat perubahan dalam minda bagi membina masa depan yang lebih gemilang.

Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad berkata perubahan minda perlu dipaksikan kepada generasi baharu Melayu Bumiputera agar mereka kembali hebat sepertimana yang dibukukan dalam sejarah sebelum ini.

“Kita tidak boleh lagi bercerita mengenai kisah sedih zaman dahulu, menyalahkan orang lain dan kerajaan, mereka (golongan baharu Melayu dan Bumiputera) tidak akan dengar.

“Apa yang kita mahukan sekarang adalah dengan menjadikan mereka-mereka ini hebat macam nenek moyang kita dahulu. Jadi kena kena laksanakan proses jika kita tidak tolong bangsa sendiri, tiada siapa yang boleh bantu kita,” katanya dalam program Bicara Persada di Makmal Penyelidikan Bahasa, Media STEM dan Minda-UKM, hari ini.

Hasan berkata demikian setelah menjadi ahli panel dalam program anjuran Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (Minda-UKM) berjudul KEB: Dimana dan Kemana Bumiputera?.

Program itu turut dihadiri itu turut dihadiri Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (Minda-UKM), Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Datuk Seri Ibrahim Ahmad.

Sebagai contoh, Hasan berkata mendiang Presiden Park Jung Hee berjaya membangunkan Korea Selatan yang mengalami transformasi besar dalam bidang ekonomi dan infrastruktur biarpun mereka pernah mengalami penjajahan Jepun.

“Dia bukan Islam dan Korea Selatan tidak ada sumber selepas dijajah Jepun, tapi lihat bagaimana dia bangkit selepas itu, mungkin itu pemikiran yang kita perlukan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, sekiranya pemikiran minda generasi baru Melayu dan Bumiputera boleh menjadikan mereka lebih berjaya di masa akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here